Resepi Masakan Korea Jajangmyun


Kredit foto - euyeomuyeo.tumblr.com

BAHAN-BAHAN:
600 g mi basah
100 g daging lembu
2 biji bawang bombai
1/2 biji zucchini
2 biji kentang
1 sudu besar gula pasir
4 sudu besar air sagu
2 gelas air
7 sudu besar minyak
6 sudu besar sos Jajangmyun yang disebut Chunjang

CARA MEMBUAT SOS JAJANGMYUN:

  • Sos jajangmyun dibuat dari pes kacang soya hitam yang disebut chunjang yang ditambah dengan bawang merah cincang, zucchini dan daging merah atau makanan laut. 
  • Ketika memasak sos biasanya ditambah cornstarch (sejenis pati yang diperbuat daripada tepung jagung) agar sos jadi pekat. 
  • Pes kacang soya (chunjang) dibuat dari kacang soya yang dipanggang (dibakar). 
  • Oleh kerana itu, sos jajangmyun seperti digoreng walaupun sebenarnya sos dimasak dengan cara direbus.

CARA MEMBUAT JAJANGMYUN:

  1. Potong daging
  2. Potong dadu bawang bombai, kentang, dan zucchini
  3. Goreng sos jajangmyun dengan 6 sudu besar minyak
  4. Panaskan kuali dengan 1 sudu besar minyak lalu goreng bawang bombai
  5. Kemudian masukkan daging lembu, zucchini dan kentang
  6. Setelah bahan-bahan itu matang, masukkan sos yang sudah digoreng
  7. Aduk supaya sama rata lalu tuangkan air sagu
  8. Setelah dididihkan selama 5 minit, matikan api.
  9. Rebus mi kemudian bilas dengan air.
  10. Taruh mi dalam mangkuk besar dan tuangkan sos di atasnya.
  11. Sajikan jajangmyun bersama dengan lobak masin kuning.

Comments

Popular posts from this blog