HALAL RESTAURANT

EID – 이드 Halal Korean Food
20150915_1601063
Jika anda pernah ke Seoul atau hendak pergi dan sudah membuat kajian tentang tempat mana nak makan, tentu anda pernah dengar tentang restoran ini. Di restoran EID, banchan (hidangan sampingan yang sering datang bersama makanan yang disajikan) boleh ditambah secara percuma!
Seperti kebanyakan restoran halal di Seoul, EID terletak di Itaewon, kawasan yang terkenal dengan makanan halal.

* Restoran ini sering penuh, jadi disarankan supaya anda membuat booking terlebih dahulu kerana restoran ini agak kecil. Jika anda ingin bermalam di penginapan berhampiran dengan restoran ini, bolehlah berkunjung ke EID Guesthouse juga!
Waktu Perniagaan: Selasa – Ahad (11:30 pagi – 9:00 malam). Tutup pada setiap hari Isnin 
Harga: Dari ₩8,000 – ₩12,000.

Alamat: 67, Usadan-ro 10-gil, Yongsan-gu, Seoul
Cara Untuk ke EID: Restoran ini terletak berhampiran masjid Seoul Central Mosque. Dari jalan belakang masjid, anda hanya perlu berjalan terus, Eid akan berada di sebelah kiri anda.

Comments

Popular posts from this blog