Posts

Image
Resepi Bulgogi Beef Bahan: 350 g daging lembu (daging pinggang atau prime beef lain) (sedikit lemak dan urat), dihiris senipis yang mungkin Perapan: 2 sudu makan kicap 3 sudu makan air 2 sudu makan gula pasir 1 sudu makan madu 1/2 sudu makan minyak bijan 1 sudu makan bijan (dipanggang) 1 batang daun bawang, (dihiris halus) 3 ulas bawang putih, (dicincang halus) 1 sudu teh lada hitam Cara membuat: Bagi memudahkan kita untuk menghiris daging senipis yang mungkin, masukkan daging ke dalam freezer hingga setengah beku, kemudian dengan menggunakan pisau yang tajam hiris daging senipis yang mungkin. Masukkan semua bahan perapan ke dalam mangkuk, gaul hingga rata dan sebati.  Masukkan daging lembu yang telah dihiris nipis. Gaul rata.  Tutup permukaan mangkuk dengan plastic wrap atau penutup lain.  Rendam daging dalam bahan perapan selama sekurang-kurangnya 2 jam di dalam peti sejuk. Siapkan kuali besi / hot plate atau boleh menggunakan kuali rata
Image
Resepi Masakan Korea Jajangmyun Kredit foto - euyeomuyeo.tumblr.com BAHAN-BAHAN: 600 g mi basah 100 g daging lembu 2 biji bawang bombai 1/2 biji zucchini 2 biji kentang 1 sudu besar gula pasir 4 sudu besar air sagu 2 gelas air 7 sudu besar minyak 6 sudu besar sos Jajangmyun yang disebut Chunjang CARA MEMBUAT SOS JAJANGMYUN: Sos jajangmyun dibuat dari pes kacang soya hitam yang disebut chunjang yang ditambah dengan bawang merah cincang, zucchini dan daging merah atau makanan laut.  Ketika memasak sos biasanya ditambah cornstarch (sejenis pati yang diperbuat daripada tepung jagung) agar sos jadi pekat.  Pes kacang soya (chunjang) dibuat dari kacang soya yang dipanggang (dibakar).  Oleh kerana itu, sos jajangmyun seperti digoreng walaupun sebenarnya sos dimasak dengan cara direbus. CARA MEMBUAT JAJANGMYUN: Potong daging Potong dadu bawang bombai, kentang, dan zucchini Goreng sos jajangmyun dengan 6 sudu besar minyak Panaskan kuali
Image
Resepi Ramen Korea Kredit foto - seriouseats.com Bahan Utama: 200 g mi ramen yang sudah direbus Bahan Kuah Ramen Korea: 3 batang sawi hijau (dipotong) 100 g daging sukiyaki 2 ulas bawang putih (cincang halus) 1 sudu makan sos sambal 1 sudu makan kicap 1 sudu makan minyak ikan 1 sudu makan minyak bijan 1 sudu makan minyak goreng 1/4 sudu teh serbuk lada 1/2 sudu teh serbuk cili merah 1 cm halia (dipotong halus) 5 biji cili merah (dihiris halus) 2 biji cili merah besar (dihiris halus) garam secukup rasa 600 ml pati ayam 1 sudu teh tepung meizena (larutkan dengan sedikit air) Bahan Pelengkap: Telur rebus Cendawan Bawang perai yang dihiris halus Cara Membuat Ramen Korea: Tumis bahan-bahan yang dihiris halus dengan minyak goreng dan minyak bijan hingga harum. Masukkan daging sukiyaki ke dalam rempah tumis, aduk hingga berubah warna. Tuang pati ayam lalu masukkan semua bahan lain kemudian masukkan tepung meizena yang su
Image
Resepi Masakan Korea Tteokbokki Kredit foto - koreanbapsang.com Bahan-bahan: 500 g Sticky Rice Sticks Cake 1 biji bawang, dihiris 3 biji bawang hijau, potong panjang 3 inci 1 paket daripada cendawan Shimeji (sekitar 200 g) 3 cawan air 1 paket Dashi (atau ikan bilis dan Kelp) 3 sudu besar gochujang (Korean Hot Pepper Paste) 1 sudu besar Chili Flakes 1 sudu besar Corn Syrup (atau Gula) 1 sudu besar kicap 3 susu besar Madu 200 g Mozzarella Cheese Cara-Cara: 1. Rebus air dalam periuk, tambah Dashi, gochujang, Chili Flakes. 2. Masukkan Sticky Rice Sticks Cake, bawang, bawang hijau, Corn Syrup, kicap, madu. Kacau perlahan-lahan, kira-kira 5 minit. 3. Masukkan cendawan Shimeji, dan kacau sehingga 10 minit, atau sehingga sos pekat dan rice cake lembut. Jika anda rasa terlalu pedas anda boleh tambah lebih madu, jika anda mahu lebih pedas, hanya tambah gochujang. 4. Panaskan ketuhar kepada 250 ° C, masukkan rice cake ke dalam oven. Parut beberap